Kenyataan Teresa Kok pandangan peribadi – Mohamad
SERDANG – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan Malaysia terus menjuarai hal hab halal global.
Sehubungan itu, katanya, kenyataan bertentangan dengan fakta itu adalah bersifat pandangan peribadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kontroversi yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.
Teresa dilaporkan berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil selain menambahkan kos pentadbiran.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut dilaporkan berkata, langkah itu bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut pandangan peribadi seperti itu.
“Tak nak komen apa (kenyataan Teresa Kok). Itu pandangan peribadi dan Malaysia terus menjuarai hal hab halal. Pandangan yang bersifat peribadi itu insya-Allah ia akan berlalu dengan berlalunya hari-hari.
“Sebab isu kontradiksi ini akan timbul setiap minggu setiap hari tetapi ia berlalu begitu. Yang penting Malaysia memang terkenal dengan hab halal bagi di seluruh dunia sekarang ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Media Tour Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 bersama Menteri KPKM di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kenyataan dikeluarkan Teresa dalam isu pensijilan halal tidak mewakili pendirian kerajaan.
Kata Anwar, kenyataan Naib Presiden DAP itu hanya mencetuskan kontroversi yang tidak relevan kepada masyarakat di negara ini.
Anwar juga menasihati mana-mana pemimpin politik untuk mengemukakan cadangan atau kebimbangan mengenai sesuatu perkara dalam mesyuarat supaya perkara itu boleh diteliti secara menyeluruh.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source