Doakan yang baik – hantaran isteri Hafiz Suip cetus tanda tanya
PETALING JAYA: Spekulasi cerai membabitkan rumah tangga Hafiz Suip rancak dimainkan netizen di media sosial sebaik sahaja isteri penyanyi itu, Nureffy Jasreel Abdullah memuat naik rakaman di TikTok yang memaparkan dirinya memakai jubah hitam sambil memakai cermin mata hitam.
Video berdurasi kurang 30 saat itu turut disertai permintaan Nureffy agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya.
“Bismillah, doakan yang baik-baik, Amin Ya Rabb Allamin,” tulisnya ringkas.
Perkongsian Nureffy itu memberi bayangan dia sedang melalui fasa menduga dalam hidupnya.
Selain itu, tindakan Nureffy yang menggunakan lagu My Best dendangan Ernie Zakri sebagai lagu latar video berkenaan turut menguatkan lagi spekulasi yang bertebaran mengenai status rumah tangga pasangan berkenaan.
Terdahulu, timbul dakwaan kononnya rumah tangga Hafiz bergolak apabila dia dan isterinya tidak lagi berkongsi gambar bersama di Instagram (IG).
Tinjauan Utusan Malaysia turut mendapati Hafiz telah memadam akaun IGnya sejak Mei tahun ini.
Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada 14 Mei 2016, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne. -UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source