Fattah Amin & Fazura Masih Berdiam Diri, Peminat ‘Dahagakan’ Jawapan Spekulasi Rumah Tangga Goyah
Boleh dikatakan sejak beberapa minggu lalu, spekulasi mengenai rumah tangga pasangan popular, Fattah Amin dan Fazura goyah menjadi bualan ramai.
Tetapi kedua-duanya dilihat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan memilih untuk mendiamkan diri.
Peminat kecewa dengan Fattah dan Fazura?
Melalui laporan Oh! Media, ruangan komen Instagram Fattah dibanjiri dengan pelbagai persoalan daripada peminat yang mahukan jawapan mengenai isu rumah tangganya.
Ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihaknya, sedangkan Fazura sebelum ini ada menafikan khabar angin yang melanda dengan berkata hubungan mereka baik-baik saja.
Kami faham setiap orang ada privasi, tetapi anda seorang selebriti. Kami sebagai peminat berhak tahu.
Tak yakin dengan jawapan Fazura
Dalam pada masa yang sama, peminat turut tidak berasa yakin dengan kenyataan Fazura yang mahu lebih fokus tentang peperangan yang melanda di Palestin.
Berhenti berdiam diri dan berhenti buat kami berteka-teki. Menggunakan Palestin sebagai alasan adalah lemah.
Sekadar info, spekulasi rumah tangga mereka goyah mula menjadi bualan netizen selepas pasangan itu sudah jarang bergambar bersama dan Fazura juga kelebakangan ini sering memuat naik kapsyen dengan maksud tersirat mengenai kehidupan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source