[VIDEO] ‘Nanti ayah rakam dari atas tau’
PETALING JAYA – Gelagat seorang bapa merakam video anak perempuannya dalam keadaan bergegar ketika sedang menerima skrol akademik di atas pentas di sebuah universiti tempatan mencuit hati pengguna media sosial.
Menerusi hantaran di muat naik Ilyana di aplikasi Tik Tok, dia telah menyuruh bapanya merakam video momen dia menaiki pentas menggunakan telefon bimbitnya.
Bagaimanapun video berdurasi 17 saat telah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata terhibur dengan hantaran berkenaan kerana ‘bergegar’.
Ramai yang memuji ‘usaha’ lelaki terbabit untuk merakam video anaknya pada majlis bersejarah itu walaupun dia tidak mempunyai ‘skill’ yang diperlukan untuk menghasilkan video yang berkualiti.
“Comellah. Still ada effort nak record tu,” komen Tesoro.
“Boleh lah tu kak, nampak sekilas pun tak apa lah,” kata Xiao Mei.
“Abah aku macam ni juga. Dia record nak dekat 30 minit juga tapi part aku tiada pun,” ujar Nah.
“Ayah record apa tu? Tak nampak pun. Comel je ayah ni,” komen Hidayah Yaakub. – KOSMO! ONLINE.
@il.yxnx♬ 原聲 – PetPal Boutique
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source