Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin
Pelakon Nur Fazura dilapor memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Memetik BH Online, sumber yang mengesahkan perkara bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya dan punca pernceraian tidak didedahkan.
BACA: Lagu Adele, Babak Crazy Rich Asians ‘Hint’ Rumah Tangga Fazura?
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya. Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” katanya.
Spekulasi keretakan rumah tangga pasangan itu sudah hangat diperkatakan sejak bulan lalu lagi apabila mereka tidak lagi meninggalkan komen serta tanda suka pada perkongsian masing-masing.
Malah, awal bulan ini perkongsian Fazura menjadi perhatian ramai apabila memuat naik posting mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Ogos.
Namun, apa yang mencetuskan tanda tanya, Fazura dilihat memuat naik beberapa keping gambarnya bersama anak perempuannya namun tiada gambar suaminya.
Turut menjadi perhatian Fazura dilihat memuat naik klip persembahan Adele menyanyikan lagu Love In The Dark dan babak filem ‘Crazy Rich Asians’ memaparkan watak Astrid Leong membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source