“Kenapa Begitu Lama, Cepat Bagi Saya Sijil” – Halal Atau Tidak? Restoran Uncle Roger Di Pavilion Dalam Proses Dapatkan Sijil Dari JAKIM
Restoran milik pelawak dan YouTuber, Nigel Ng telah dibuka secara rasmi pada 11 November yang lalu di Pavilion Bukit Bintang.
Sambutan yang diterima restoran tersebut sangat meriah kerana ramai peminat Nigel ataupun lebih dikenali sebagai Uncle Roger itu dilihat beratur panjang sebelum restoran dibuka.
Berikutan itu, bagi pelanggan beragama Islam, pastinya status halal menjadi soal besar dan tanda tanya.
Menerusi satu video oleh pensohor terkenal Pinn Yang, Nigel ada ditanyakan mengenai status halal restoran miliknya itu.
Kami sedang memohon sijil halal daripada JAKIM, cepat sikit, kenapa begitu lama? Cepat-cepat bagi saya sijil.
Difahamkan, pihak restoran telah memohon sijil halal sejak awal lagi bagi mengelakkan salah faham dan kontroversi di masa hadapan.
Sekadar info, Nigel Ng merupakan kelahiran Malaysia meskipun dia sering disalah anggap sebagai rakyat negara seberang tambak iaitu Singapura.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source