Terengganu tagih penyudah kapten El Salvador
KUALA TERENGGANU – Terengganu FC (TFC) akan mempertaruhkan barisan terkuatnya bagi membawa pulang tiga mata dari Stadium Likas pada aksi Liga Super bertemu Sabah pada malam esok.
Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner, berkata, penyerang baharu, Nelson Bonilla sudah bersedia untuk mengetuai barisan hadapan skuad Sang Penyu pada aksi terbabit.
Beliau berkata, skuad kendaliannya juga akan diperkuat denhan empat tonggak Harimau Malaya, Akhyar Rashid, Safawi Rasid, Azam Azmi Murad dan Safwan Mazlan.
“Bagaimanapun, Shahrul Nizam (Roshasni) terpaksa diketepikan kerana kecederaan otot. Oleh itu, kemungkinan Safwan dan (Matthew) Steenvoordeen akan digandingkan di posisi bek tengah.
“Di bahagian serangan pula, saya berharap Bonilla dapat menyesuaikan diri dengan cepat bersama pasukan ini dan menunjukkan sentuhan penyudahnya,” katanya kepada Kosmo!
Steinbruckner berkata, kehadiran Bonilla memberi pilihan kepada beliau untuk merencana strategi lebih ampuh bagi menggempur kubu Sabah sambil dibantu Safawi, Akhyar dan Ismaheel Akinade. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source