The Cats jadi mangsa ‘lepas geram’ Selangor FC
PETALING JAYA – Selangor FC berjaya ‘merawat luka’ apabila kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Kuching City 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, Skuad Gergasi Merah memulakan saingan dengan langkah kanan apabila penyerang import, Ronnie Fernandez menjaringkan gol pertama seawal minit ke-11.
Bagaimanapun, pasukan tuan rumah terpaksa menunggu masa yang lama untuk menggandakan kelebihan dengan kini giliran pemain baharu, Ali Olwan untuk menjaring gol pada minit ke-67.
Selangor terus garang dan kini giliran seorang lagi pemain import di posisi pertahanan, Umar Eshmurodov yang menanduk masuk gol ketiga menerusi sepakan penjuru yang diambil Yohandry Orozco pada minit ke-75.
Pemain sayap sensasi, Alvin Fortes melengkapkan malam bergaya Merah Kuning dengan menjaringkan gol keempat berselang lima minit kemudian.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Selangor sudah melupakan kekalahan pahit 1-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi kompetitif terakhir saingan final Piala FA, bulan lalu.
Kemenangan itu juga memastikan pasukan kendalian Nidzam Jamil meraih suntikan motivasi terbaik sebelum mengharungi aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) pada minggu depan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source