Rakyat Malaysia ditahan di Hong Kong, dadah RM116 juta dirampas
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki terbabit dengan rampasan methamphetamin bernilai HKD210 juta (kira-kira RM116.1 juta) di Hong Kong, Khamis lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan itu membabitkan lelaki berusia 26 tahun beralamat di Sungai Besi.
“Semakan mendapati dia memiliki satu rekod lampau memiliki dadah dan satu rekod memasukkan dadah ke dalam badan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya.
“Saya sudah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi mendapatkan risikan pembabitan rakan sejenayah di negara ini,” katanya, hari ini.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan polis Hong Kong membuat rampasan terbesar methamphetamine bernilai HKD210 juta (kira-kira RM116.1 juta), Khamis lalu.
Dadah itu ditemukan di dalam perabot, dan seorang lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun ditahan kerana disyaki menjadi pengedar.
Di bawah undang-undang Hong Kong, individu terbabit dalam pengedaran dadah boleh didenda maksimum HKD5 juta (kira-kira RM2.75 juta) dan dipenjara seumur hidup, jika sabit kesalahan – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source