PDRM FC jadi mangsa amukan Tok Gajah
KUALA LUMPUR – Kemarau kemenangan Sri Pahang akhirnya menemui titik noktah selepas raih kemenangan bergaya 5-1 ke atas PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.
Pertahanan import, Stefano Brundo dan peledak utama, Kpah Sherman muncul pemain paling menyerlah apabila masing-masing menyumbangkan dua gol.
Terdahulu, Sherman terlebih dulu membuka jaringan seawal minit ke-17 sebelum Brundo menambah gol kedua pada minit ke-25.
Selang dua minit selepas itu, kedudukan tuan rumah makin selepas apabila Manuel Hidalgo merobek gawang lawan buat kali ketiga sebelum Brundo memastikan jaringan kedua peribadinya pada minit ke-34.
Dua minit selepas aksi bersambung, Sherman terus menambah derita The Cops manakala Bruno Suzuki menghasilkan gol saguhati pelawat pada minit ke-73.
Dalam aksi di Stadium Likas menyaksikan Sabah terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat Terengganu 1-1.
Tuan rumah terlebih dulu membuka jaringan menerusi Joao Pedro pada minit ke-11 namun penyerang import Terengganu, Ismaheel Akinade berjaya meledak gol penyamaan pada masa kecederaan babak pertama. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source