Adira Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya
Penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Nur Fazura tidak gemar menunjukkan masalah atau tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.
Menerusi sesi live di TikTok, ketika di set penggambaran Adira berkata Fazura kelihatan tenang meskipun sedang hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangganya dengan Fattah Amin.
BACA: “Memang Betul Saya Seorang Janda” – Adira Tak Kisah Gelaran Janda
@ayu_klang Apa yg fazura alami sekarang,Ami tengah lalui #fyp #abgred #datored #adirasuhaimi #adira #artist #cerai #fazura #ami
“Dekat set dia sangat okay, dia macam saya tak tunjuk masalah kepada orang,” katanya
Bekas suaminya, Datuk Red yang turut bersama dalam sesi live berkenaan berkata Adira sememangnya tidak suka berkongsikan masalah dengan sesiapa termasuk keluarganya sendiri.
“Itu dah bahagian dia (Fazura), Adira dah melalui apa yang dia lalui. Kita tak berada dalam kasut dia. Kita semua tak tahu siapa yang bersalah.
“Tapi memang betul, Adira dulu tak cerita masalah dia sesiapa termasuk ibunya sendiri. Jangan kata wartawan, pengurus atau adik-beradik, ibunya sendiri tak tahu apa-apa,” katanya.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source