‘Kami okay’ – Kosmo Digital
SEBERANG PERAI -Sepasang suami isteri warga emas sanggup bermalam dalam keadaan rumah digenangi air bah meskipun keadaan ketinggian air mencapai paras lutut.
Mereka dikatakan antara penduduk yang enggan meninggalkan kediaman mereka yang terletak di Kampung Chegar, Tasek Gelugor di sini.
Siti Salmiah Ahmad, 72, berkata, mereka pernah berhadapan dengan kejadian banjir yang lebih teruk sebelum ini berbanding apa yang dialaminya hari ini.
Menurutnya, kejadian banjir kilat biasanya berlaku dalam tempoh sementara dan surut selepas beberapa jam kemudian.
“Kami ‘okay’, tak apa. Insya-Allah,” kata wanita itu ketika ditemui di rumahnya, hari ini.
Menurut Siti Salmiah, air mulai naik sehingga paras pinggang sejak petang semalam melalui dapur rumah dan mulai surut pada pagi tadi.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! di sekitar Tasek Gelugor dan beberapa lokasi berhampiran di daerah Seberang Perai Utara (SPU) mendapati, keadaan banjir masih belum surut sepenuhnya meskipun cuaca kembali cerah.
Kawasan rendah masih digenangi air manakala beberapa sungai juga dilihat masih berada pada paras bahaya atau berjaga-jaga. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source