PN tidak akan hantar surat penolakan draf MoU peruntukan pembangkang
KOTA BHARU : Perikatan Nasional (PN) tidak akan menghantar surat maklum balas kepada kerajan berkait penolakan draf Memorandum Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang.
Ketua Whipnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, hal ini kerana kandungan draf MoU itu dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan PN.
“Cukuplah kami maklumkan kepada rakyat Malaysia kami menolak MoU berkenaan.
Mereka hantar MoU kepada kita pun tanpa mengambil pandangan kita. Jadi kita tidak perlu menghantar surat secara rasmi,” katanya kepada pemberita semasa sidang media berkait MoU peruntukan pembangkang di Pejabat Pas Kota Bharu di sini hari ini.
Takiyuddin memberitahu, draf MoU ini sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu secara bersama sebagaimana yang dilakukan oleh Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.
“Sepatutnya, tubuh jawatankuasa dahulu untuk membincangkan mengenai MoU apa yang perlu dimasukkan dan apa yang tidak.
“Bukan secara tiba-tiba datang dengan perkara ini yang memberi kepentingan kepada satu pihak sahaja,” ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan, kerajaan menunggu surat rasmi daripada pihak pembangkang yang dilaporkan menolak MoU Mengenai Peruntukan Pembangkang yang dikemukakan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip kerajaan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setakat ini beliau hanya mengetahui berkenaan penolakan itu menerusi laporan media.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source