“Buktikan Saya Yang Buat Report”
Pelakon Diana Danielle hairan dengan segelintir individu yang menuduh dia membuat laporan terhadap kes melibatkan seorang lelaki dikenali sebagai Abang Bas.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Diana turut mencabar individu yang menuduhnya membuat laporan terhadap Abang Bas untuk kemukakan bukti namanya terbabit dengan mana-mana laporan.
BACA: Diana Danielle Tiada Selera Nak Beli Rumah Di Malaysia
Sementara itu, Diana berkata kes tersebut diarahkan sendiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
“Lagi satu, nak marah biar tepat. Minggu lepas saya dah keluarkan kenyataan rasmi, bukan saya yang buat laporan terhadap sesiapa. Laporan dan tindakan dibuat dari Kementerian Wanita & Keluarga sendiri.
“Kes ini melibatkan Kerajaan Malaysia (melawan) defendan. Saya cabar anda untuk buktikan saya yang buat laporan. Terterakan nama saya di mana-mana laporan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Diana turut meminta kepada orang ramai supaya jangan mudah melatah serta membuat tuduhan tanpa usul periksa.
Terdahulu, Diana Danielle memuat naik satu posting dengan berkongsi semula kenyataan media daripada pihak polis berhubung penahanan pemandu bas yang dipercayai membuat konten dengan pelajar-pelajar sekolah berserta kapsyen yang agak tidak sesuai.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen menuduh aktres tersebut membuat laporan terhadap Abang Bas sehingga ditahan oleh pihak berkuasa.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source