“Jangan Menyibuk Hal Orang, Jaga Rumah Tangga Sendiri” – Buat Podcast Bincang Hal Rumah Tangga FattZura, Tya Ariffin Dan Asyraf Khalid Dikecam
Pempengaruh dan personaliti media sosial, Tya Ariffin dan Asyraf Khalid dikecam warga maya gara-gara podcast mereka berdua yang membincangkan perihal rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah yang kini di ambang perceraian.
Podcast tersebut dikatakan telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen gara-gara perbincangan Tya dan suaminya itu yang menyentuh hal keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah.
Dalam podcast tersebut, Asyraf Khalid berpendapat bahawa pasangan itu mempunyai sebab tersendiri untuk berpisah dan tak perlu dicanang kepada umum kerana ia boleh menimbulkan spekulasi.
Saya mengenali Fattah dan Fazura secara peribadi dan Fattah pun menafikan hubungan dengan penata rias itu.
Bila keluar berita daripada pihak ketiga, itu saya rasa merosakkan situasi dan membuatkan Fattah Amin yang mempunyai imej sangat baik tiba-tiba tercemar.
Podcast tersebut itu juga turut dimuat naik di TikTok sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya peminat Fazura dan Fattah Amin.
Namun begitu, perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang rata-ratanya berpendapat Tya dan Asyraf tidak perlu menyibuk hal rumah tangga orang lain sebaliknya menjaga perkahwinan mereka sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source