“Rempahnya ‘Ready Made’, Langsung Kuah Nasi Kandar Di Malaysia Rasa Pasir” – Masterchef Indonesia Ini Tawarkan Nasi Kandar ‘Sebenar’
Seorang YouTuber negara seberang, Boengkoes dirakam mengunjungi sebuah restoran milik pemenang Masterchef Indonesia musim ke-5, Fani yang menghidangkan hidangan nasi kandar.
Ketika ditanyakan YouTuber itu tentang sebab dia membuka restoran nasi kandar yang sinonim dengan Malaysia, Fani menjelaskan dia sering menikmati hidangan tersebut ketika di Kuala Lumpur.
Menurutnya, nasi kandar yang dijual di Malaysia mempunyai kekurangan dan mempunyai rasa sedikit berpasir.
Tiap hari asyik makan nasi kandar sahaja tapi rasanya kurang enak di Malaysia. Jadi saya rasa boleh buat juga di sini.
Kalau di Malaysia itu kan dia pakai serbuk rempah semuanya, kalau di sini kita pakai rempah yang fresh serta dihasilkan sendiri. Kalau di sana kan pakai rempah serbuk jadi kalau dituang rasanya seperti berpasir.
Malah, di restoran itu, Fani membenarkan pelanggan untuk membuat pesanan ‘kuah banjir’ seperti yang ada di Malaysia dan mendakwa telah mencipta nasi kandar yang sebenar.
Dia juga bakal mempertimbangkan ruangan paparan lauk seperti di restoran nasi kandar Malaysia pada masa akan datang.
Di ruangan komen, nampaknya ramai netizen Indonesia tidak bersetuju dengan tindakan Fani membuat ‘claim’ yang cukup berani itu.
Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source