Pandu kereta lawan arus 40km sebelum bertembung kenderaan lain
SUNGAI PETANI – Seorang pemuda berusia 24 tahun dipercayai memandu secara melawan arus sejauh 40 kilometer (km) sebelum terlibat kemalangan di Kilometer 81.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki terbabit berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis sama dipandu peniaga berusia 53 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu pemuda itu secara melawan arus sebelum pemandu sebuah kereta lain tidak sempat mengelak lalu berlanggar.
“Impak kemalangan menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan kenderaan tersebut. Walau bagaimanapun kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.
Kata beliau, siasatan awal mendapati pemandu yang melawan arus itu mendakwa dia terlepas simpang keluar Alor Setar Selatan ketika bergerak di laluan itu dari Gurun, tengah malam tadi.
Tambahnya, pemandu kereta yang melawan arus itu ditahan dan dibawa ke Balai Trafik Kuala Muda sebelum dihantar membuat pemeriksaan ujian darah di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
“Kita sedang menunggu keputusan ujian itu daripada Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk menentukan sama ada pemandu terbabit mabuk atau berada di bawah pengaruh dadah dengan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source