“Salah Guna Nama Imam Mahdi, Jelmaan Rasulullah” – Perlis Negeri Pertama Isytihar GISBH Kumpulan Ajaran Sesat
Kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) didapati mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah dan perkara itu telah diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
Perlis negeri pertama isytihar GISBH ajaran sesat
Menurut laporan Harian Metro, ini menjadikan Perlis adalah negeri pertama yang isytihar organisasi itu sebagai kumpulan ajaran sesat kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Keputusan untuk memutuskan organisasi berkenaan sesat adalah selepas pihak mereka menerima bukti yang meyakinkan tentang organisasi itu.
Unsur ajaran batiniah berkenaan juga adalah kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang difatwakan sesat. Kesan dan akibat daripada pengkultusan itu melahirkan ketaksuban yang melampau sehingga mentaati pemimpin atau golongan agama sekalipun jelas bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.
Bercanggah dengan ajaran Islam
GISBH juga didapati mengikut arahan pemimpin yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Malah, mereka juga dilihat mengambil keberkatan secara melampau dari sisa tubuh badan pemimpin mereka dan mengaitkan pemimpin mereka yang dikultuskan dengan unsur yang dapat menjustifikasikan tindakan mereka yang salah dengan menggunakan nama Imam Mahdi, jelmaan Rasulullah, karamah wali, keberkatan dan seumpamanya.
Bukan itu saja, GISBH juga tidak mengamalkan model ekonomi Islam yang sebenar selepas jawatankuasa meneliti pengoperasian mereka.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source