Da’i Syed Akui Gelap Hidup, Syukur Dapat Berdakwah Dalam Penjara
Pendakwah selebriti Da’i Syed mengakui hidupnya gelap sepanjang ditahan 21 hari selepas dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita.
Menerusi temu bual bersama Xtra, Syed berkongsikan keadaannya baik namun hari ini kurang sihat kerana demam akibat ulser.
BACA: Kelibat Isteri Da’i Syed Seorang Diri Di Mahkamah Cetus Tanda Tanya
“Masuk penjara kan, gelap hidup saya pada ketika itu. Tapi alhamdulillah, kesihatan saya dalam penjara baik-baik saja.
“Cuma hari ini saya tak sihat sangat, demam ada ulser. Jadi tak boleh nak cakap banyak sangat,”katanya.
Sementara itu, Syed berkata layanan di penjara baik-baik sahaja dan meluahkan rasa syukur dapat berdakwah di penjara dengan mengajar mengaji serta memberi ilmu didalam sana.
“Semua okey, alhamdulillah dapat berdakwah dalam penjara, ajar orang mengaji, sambut Maulidur Rasul dalam penjara, mengenalkan kepada banduan ini tentang nabi dan rasul. Jadi, ada kesempatan dalam penjara itu untuk memberi sedikit manfaat dan ilmu,”katanya.
Jumaat lalu, Da’i Syed dibebaskan sementara selepas 21 hari dipenjara bagi menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi didengar dan diputuskan.
SUMBER: Xtra
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source