Sultan Selangor titah percepat tindakan lanjut isu GISBH
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan menyegerakan proses tindakan lanjut berkaitan isu GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu antara harapan dan permintaan baginda ketika sesi pertemuan mingguan hari ini.
Menurutnya, Sultan Sharafuddin berpandangan bahawa pasukan siasatan perlu lebih cekap meneliti sebarang kesalahan berkaitan isu itu termasuk kes jenayah.
“Pada sesi pertemuan tadi, tiada spesifik (isu GISBH) namun baginda meminta supaya tindakan lanjut dipercepatkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
“Esok, Dr. Mohammad Fahmi Ngah (Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi) dijangka memberi beberapa penemuan mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Dialog Belanjawan Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini hari ini.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan menguatkuasakan larangan pengoperasian premis kepada GISBH selepas memperoleh laporan penuh daripada polis dan Jawatankuasa Agama Islam negeri.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source