“Beli Honda Boleh, Bayar Hutang Tak Boleh?” – 430,000 Individu Peminjam PTPTN Belum Bayar RM6 Bilion
Baru-baru ini, tular berita mengenai seramai 430,000 individu culas membayar semula wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memaklumkan sebanyak RM6 bilion wang pinjaman yang masih belum dibayar oleh individu yang meminjam.
Bahkan, ada antara mereka yang sudah menamatkan pengajian berpuluh tahun tetapi masih belum pernah membayar semula pinjaman itu dan jumlah tersebut sentiasa meningkat saban hari.
Difahamkan dari laporan Kosmo, kebanyakan netizen meluahkan rasa kecewa dengan segelintir individu yang culas membayar wang yang sudah dipinjam.
Jangan malas sangat bayar hutang PTPTN RM50 sebulan pun cukup. Kesian pada peminjam baharu. Hutang tetap hutang, jangan culas. Beli (kereta) Honda boleh, bayar PTPTN tak boleh.
Malah, rata-rata netizen berpendapat tindakan mereka culas membayar pinjaman itu akan membuatkan peluang generasi akan datang untuk pinjam susah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source