Ramai pertikai jawapan MOTAC isu daftar masuk hotel 4 petang
PETALING JAYA – Orang ramai dilihat masih tidak berpuas hati dengan jawapan balas Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berhubung isu daftar masuk hotel dan inap desa pada pukul 4 petang.
Sebelum ini, MOTAC dalam kenyataan hanya menitipkan nasihat kepada orang ramai agar sentiasa membaca dan memahami terma serta syarat yang ditetapkan oleh pihak hotel sebelum membuat tempahan.
Menurut MOTAC, langkah itu penting bagi mengelakkan sebarang salah faham atau ketidakpuasan hati, terutamanya berkaitan dengan penentuan harga serta perkhidmatan yang disediakan.
Sehubungan itu, tinjauan Kosmo! di laman Facebook rasmi MOTAC mendapati, ramai membanjiri ruangan komen kementerian tersebut dan meluahkan rasa kesal apabila tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berwajib terhadap luahan pengguna.
“Kenyataan jaga sebelah pihak nampaknya,” luah EE Isma.
“Tolonglah bertegas. Jangan melepaskan batuk di tangga. Kalau setakat macam ini jawapannya, bubar sahajalah kementerian. Tiada faedah untuk kemaslahatan rakyat Malaysia,” kata Awan Biru.
“Nampaknye keluhan pelanggan tidak diendah kerajaan,” ujar Shahril Awang.
Terdahulu ini, tular tindakan sesetengah hotel yang menetapkan waktu daftar masuk ke premis mereka bermula 4 petang dan keluar seawal pukul 11 pagi.
Tindakan itu mencetuskan perbincangan netizen yang rata-ratanya merasakan tidak adil untuk pelanggan kerana tempoh penginapan yang diberikan agak singkat.
Ada yang mengatakan bukan sahaja hotel yang menetapkan seperti itu, malah beberapa inap desa turut bertindak sedemikian.
Lebih malang lagi, ada pelanggan dikenakan caj tambahan jika terlewat daftar keluar walaupun lewat kemasukan akibat menunggu bilik disediakan
Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA), Dr. Sri Ganesh Michiel menjelaskan, pemilik hotel dan inap desa bebas menetapkan masa daftar masuk kerana ia tidak termaktub di dalam undang-undang perhotelan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source