Syamsul Yusof Tuntut Ira Kazar Kembalikan Harta
Bekas isteri pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mendedahkan bekas suaminya itu ada meminta untuk memulangkan beberapa harta yang diberikan selepas mereka bercerai pada 5 September lalu.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Memetik Harian Metro, peguam syarie yang mewakili Ira iaitu Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata pihak mereka tidak bersetuju kerana ianya berlaku ketika mereka masih lagi bergelar suami isteri.
BACA: Ira Kazar Minta RM3,000, Tapi Syamsul Perlu Bayar RM200 Saja
“Ya, pihak sana (Syamsul) ada meminta beberapa tuntutan semula ke atas anak guam saya, tetapi kami tidak bersetuju memandangkan perkara itu berlaku semasa dalam perkahwinan.
“Kami bukan tidak mahu bersetuju, tetapi dari segi hukum syarak sudah dinyatakan bahawa apa yang sudah diberikan, tidak akan dipulangkan semula,” katanya.
Sementara itu, Fadhil berkata anak guamnya tidak bersetuju dengan harta yang dituntut oleh bekas suami dan pihaknya ada memberi beberapa cadangan bagi menyelesaikan perkara berkenaan.
Namun, sehingga kini belum ada kata putus daripada kedua-dua pihak termasuk mendedahkan secara terperinci mengenai tuntutan itu.
“Memandangkan tuntutan ini dibuat di luar mahkamah, pihak kami sudah membuat perbincangan dengan pihak Syamsul.
“Namun, keputusan tuntutan itu belum disahkan lagi. Buat masa ini saya tidak boleh hendak mendedahkan apa dalam tuntutan itu demi menghormati kedua-dua belah pihak,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source