Ingatkan autisme, rupanya ada penyakit saraf
JERANTUT – Kehidupan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun berubah 100 peratus daripada seorang yang aktif dan pintar kepada individu lemah yang hanya terlantar di atas katil akibat penyakit leukodystrophy.
Mohamad Nurimanramdani juga tidak mampu bercakap seperti biasa dan banyak bergantung kepada ibu bapanya.
Bapa Mohamad Nurimanramdani, Mohamad Nooruldzat Nasir, 33, berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami komplikasi dikenali sebagai leukodystrophy with neuroregression yang mempengaruhi otak, sistem saraf dan sumsum tulang belakang saraf.
“Semuanya bermula pada bulan Julai 2021 apabila Nurimanramdani mengalami perubahan dalam diri apabila dia tidak lagi mampu memakai pakaian dan kasut, tidak boleh menyuap makanan, pelupa selain kerap agresif,” katanya di Taman Ria di sini semalam.
Jelas beliau, ketika anaknya itu mendapatkan rawatan di sebuah hospital, doktor memaklumkan anaknya mengalami masalah autisme dan perlu mendapat pendidikan khas.
“Saya dan isteri berasa hairan kenapa Nurimanramdani membesar secara normal.
“Anak kami kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh pada penghujung November 2021.
“Setelah melalui pemeriksaan, doktor mengesahkan dia mengalami komplikasi penyakit yang mempengaruhi otak, sistem saraf dan sumsum tulang belakang saraf,” katanya.
Susulan itu katanya, dia berhenti kerja di sebuah Felda dengan gaji bulanan sebanyak RM1,800 semata-mata untuk menjaga Nurimanramdani.
“Sehingga kini, saya dan isteri sudah menghabiskan wang sebanyak RM150,000 untuk rawatan anak,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohamad Nooruldzat di talian 0189112315 atau menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 7616691430 atas nama Norhanisah Haswan (isteri).
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source