Anggota tentera lemas, jatuh bot
KOTA TINGGI: Seorang anggota tentera darat Diraja ditemukan lemas apabila terjatuh dari bot di Tasik Empangan Linggiu, Bandar Tenggara, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 2.35 pagi.
“Ketika kejadian, mangsa yang berusia 23 tahun dilaporkan sedang menaiki bot milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama tiga anggota lain yang turut sama bertugas di Tasik
Empangan Linggiu sebelum bot yang dinaiki terlanggar objek dipercayai kayu hanyut menyebabkan mereka jatuh dari bot berkenaan.
“Tiga orang mangsa dapat menyelamatkan diri, manakala seorang lagi hilang.
“Usaha mencari oleh mangsa terselamat di sekitar kawasan berkenaan tidak menjumpai sebarang petunjuk keberadaan mangsa sebelum memaklumkan kejadian kepada penyelia bertugas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Susulan, itu pasukan dari Balai Polis Bandar Tenggara, pasukan bomba dan penyelamat Kota Tinggi serta Bandar Tenggara serta Unit Skuba Bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Mayat .angsa berjaya ditemukan oleh Unit Skuba pada pukul 11.50 pagi pada kedalaman 13 meter dan kedudukan lebih kurang tujuh meter dari lokasi kejadian.
“Mayat mangsa berjaya dibawa naik ke permukaan dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan prosedur siasatan. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source