Etnik Cina dijangka hidup paling lama
PETALING JAYA – Etnik Cina dijangka hidup paling lama (77.1 tahun) mengikut perangkaan statistik bagi tahun 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2022-2024 menunjukkan, jangkaan hayat ketika lahir terendah pula dicatatkan oleh etnik India (71.7 tahun) pada tahun sama.
“Di peringkat negeri, Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi etnik bumiputera lain, Cina dan India kecuali Melayu berbanding negeri lain pada tahun 2024,” jelasnya menerusi satu kenyataan.
Selain itu Mohd. Uzir berkata, seorang bayi yang lahir pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun.
“Secara purata, seorang bayi perempuan dijangka boleh hidup sehingga 77.8 tahun, 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki pada 73.0 tahun,” katanya.
Tambah beliau, seorang lelaki yang mencapai umur 15 dan 60 tahun pada 2024 masing-masing dijangka hidup selama 58.8 tahun dan 18.6 tahun lagi.
“Ini bermakna, lelaki yang berumur 15 dan 60 tahun pada 2024 masing-masing dijangka hidup sehingga 73.8 tahun dan 78.6 tahun.
“Sebaliknya, wanita dalam kumpulan umur yang sama dijangka hidup selama 63.4 tahun dan 21.4 tahun lagi, iaitu dengan jangka hayat masing-masing 78.4 tahun dan 81.4 tahun,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source