“Mereka Sangat Cantik Berdua, Rasa Macam Mereka Tak Patut Cerai”
Pelakon Abby Abadi menafikan dakwaan sengaja menarik perhatian apabila mengulas isu rumah pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Memetik Astro Gempak, Abby berkata dia hanya meluahkan rasa sedih melihat apa yang berlaku pada pasangan itu dan bukan dia saja sebaliknya ramai mereka diluar sana turut merasakan perkara sama.
BACA: Abby Abadi Menangis Baca Kisah Fattah & Fazura, Nasihat Jangan Cerai
“Demi Allah tak ada, tapi memang saya rasa sedih untuk mereka. Saya pun tak tahu kenapa sebab saya bukan berkawan pun dengan mereka. Tapi saya kenal lah Fattah pernah jumpa, begitu juga Fazura.
“Tapi maknanya saya memang sedih, saya rasa macam mereka tak patut cerai. Rasanya benda itu bukan saya saja yang rasa, ramai orang Malaysia pun turut bersama-sama merasainya,” katanya.
Sementara itu, Abby menjelaskan dia menyatakan pendapat jika rumah tangga pasangan tu dapat diperbaiki dan dipertahankan kerana dia tidak mahu Fattah dan Fazura berpisah.
“Saya rasa mereka ini sangat-sangat cantik berdua. Rasa macam tak patut cerai. Apa yang berlaku kalau boleh diperbaiki, kalau boleh dipertahankan itu saja yang saya cakap.
“Tak ada pun nak masuk campur, saya tak adalah nak pergi rumah mereka kata mesti kena ikut cakap saya. Cuma saya hanya bagi pendapat saya saja.
“Saya sedih, saya rasa macam tak ada sebab mereka nak bergaduh. Saya rasa rramai ada perasaan macam saya, itu saja. Kalau boleh saya tak nak mereka berpisah,” katanya.
Sebelum ini, Abby berkata dia tidak dapat fokus berniaga kerana menangis setiap kali membaca berita mengenai pasangan itu. Malah, turut meminta pasangan itu tidak cepat mengalah sebaliknya perbaiki apa yang kurang serta tidak berpisah.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source