Anwar tinjau pembinaan projek LRA Chicha Fasa 2
KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau perkembangan terkini projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Chicha Fasa 2 di Pasir Hor, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Tambun itu tiba di tapak pembinaan pada pukul 5.05 petang dan meluangkan masa selama 10 minit untuk mendengar taklimat berkait perkembangan projek di bawah seliaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutifnya, Ir. Zulkiflee Omar berkata, ketika ini pihaknya sedang menjalankan tiga projek pembinaan loji rawatan air (LRA) dan dua projek penggantian paip-paip air uzur di negeri ini dibawah pakej berjumlah RM237 juta.
Katanya, salah satu daripada projek berkenaan adalah pembinaan LRA Chicha Fasa 2 dengan kos sebanyak RM54.9 juta di atas sebidang tanah berkeluasan 1.86 hektar di Pasir Hor, di sini.
Ujarnya, LRA Chicha Fasa 2 dengan kapasiti 20 juta liter sehari (JLH) dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2026 dan berikutan kini tiada lagi isu-isu yang boleh memperlahankan pembinaannya, beliau berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual.
“LRA Chicha Fasa 2 dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 13,500 akaun dengan 10 JLH disalurkan ke kawasan Pasir Hor dan selebihnya ke kawasan Kota Seribong.
“Turut dalam pembinaan adalah LRA Bukit Chupak, Gua Musang dengan kapasiti 10 JLH dengan kos RM47 juta yang dijangka siap pada September tahun depan. Kita juga sedang membina sembilan telaga bagi membekalkan air mentah kepada LRA sedia ada di Tanjung Mas, Panji, Kota Bharu.
“Kesemua projek ini menggunakan sumber air bawah tanah. Namun bezanya kali ini kita ambil sumber air pada kedalaman lebih 100 meter berbanding 40 hingga 50 meter sebelum ini. Apabila melepasi akuifer ketiga, boleh dikatakan sumber air adalah baik,” katanya.
Zulkiflee berkata, PAAB turut melaksanakan penggantian paip-paip uzur sejauh 104 kilometer (km) yang dibahagikan kepada enam bahagian dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari tahun depan.
“Tiga bahagian sudah siap dan telah diserahkan kepada AKSB manakala tiga bahagian lagi dijangka siap pada Februari tahun depan. Projek terakhir adalah penggantian paip-paip uzur di Kota Bharu Utara dan Selatan melibatkan jarak 113 km.
“Projek terakhir turut dibahagikan kepada enam bahagian yang mana dua bahagian akan siap tahun ini dan selebihnya dijangka siap selewat-lewatnya pada Oktober tahun depan,” ujarnya.
Tambahnya, sehingga kini PAAB telah menyiapkan projek bernilai RM80 juta di Kelantan termasuk penggantian paip sejauh 140 km dengan kos RM58 juta dan kini dalam perancangan membina LRA Tok Bali berkapasiti 50 JLH.
“LRA Tok Bali dijangka mampu memanfaatkan sebanyak 20,000 akaun dan kini dalam proses tender. Kita harap pada awal tahun depan PAAB dapat tawarkan projek ini kepada mana-mana kontraktor yang berjaya,” katanya.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source