Isteri reda, tak sangka Sabari diperlakukan sekejam itu
BALING – “Tergamak mereka bertindak kejam terhadap suami saya, hati kering betul. Kerana duit mereka hilang pertimbangan sampai tahap membunuh.”
Demikian kata Subhiah Roslina Shahibi, 57, isteri kepada pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, yang jasadnya masih belum ditemui selepas dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kubang Pasu.
Ujarnya, dia selama ini menunggu perkembangan dengan penuh debaran, namun kini reda dengan pengesahan yang dimaklumkan oleh polis, semalam.
“Sekurang-kurangnya nanti adalah tanah kubur untuk kebumikan arwah nanti. Saya akan bersama adik ke sungai itu di Kedah, lokasi suami dicampak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Subhiah Roslina tinggal di Selayang kerana bekerja di Kuala Lumpur, manakala suaminya duduk berseorangan di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, di sini.
Menurutnya, dia mendapat berita kematian suaminya kira-kira pukul 2 petang semalam melalui kumpulan WhatsApp keluarganya.
Semalam, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh mengesahkan Sabari telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.
Katanya, maklumat itu diperoleh hasil pengakuan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun yang berjaya ditahan polis pada Jumaat lalu.
Terdahulu, bapa kepada tiga cahaya mata itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.
Kehilangan warga emas itu disedari anaknya selepas telefon bimbit dimatikan selain terdapat transaksi pengeluaran wang dari akaun bank milik Sabari. Kereta tersebut kemudian ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik dekat sini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source