Pekerja pembersihan didakwa jerut, heret kucing guna motosikal
SHAH ALAM – Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengheret seekor kucing menggunakan motosikal, bulan lalu.
Monotosh, 41, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.
Berdasarkan pertuduhan, Monotosh bersama-bersama seorang lagi lelaki dengan kejam telah mengheret seekor kucing dengan sebuah alat penjerut lalu sambil menunggang sebuah motosikal jenis SYM di atas jalan raya sehingga mengakibatkan kesakitan.
Kesalahan itu dilakukan di kawasan perumahan Long Branch Residence, Seksyen 31, di sini antara pukul 2 hingga 2.15 petang pada 7 September lalu.
Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Mohd. Sharif Sabran kemudian mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin warganegara dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Peguam K. Bagia Sri Devi mewakili OKS bagaimanapun memohon ikat jamin sebanyak RM10,000 kepada anak guamnya yang hanya berpendapatan bulanan RM1,500.
“Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, namun keluarganya tidak berada di negara ini. Malah anak guam saya sentiasa hadir setiap kali sesi siasatan dijalankan dan memberikan kerjasama baik. Dia juga tidak mempunyai kesalahan lampau di negara ini,” jelasnya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM13,000 dengan seorang penjamin warganegara selain mengarahkan penyerahan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap bulan di balai polis terdekat.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 November depan.
Pada prosiding tersebut juga, mahkamah mengeluarkan waran terhadap seorang lagi OKS yang gagal hadir bagi pertuduhan tersebut. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source