“Umur Lapan Tahun Saya Dah Bayar Sewa Rumah”
Sejak usia enam tahun sudah bergelar pelakon, Aedy Ashraf berkata sejak kecil lagi dia sudah mengambil peranan menggalas tugas untuk menjaga serta membayar sewa rumah mereka sekeluarga.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Memetik Utusan Online, Aedy yang dibesarkan sendirian oleh ibunya berkata ianya bukan perjalanan mudah apatah lagi perkerjaanya itu bukan tetap serta perlu bergantung pada tawaran berlakon.
BACA: Amelia Henderson Takkan Kembali Semula Bersama Aedy Ashraf
“Waktu umur lapan tahun, saya sudah pun bekerja secara serius dan membayar sewa rumah. Ibu saya juga pelakon, jadi industri inilah mata pencarian kami.
“Pekerjaan ini bukan kerja tetap, semuanya bergantung kepada tawaran. Jika tiada tawaran, kita sudah mula gelisah. Kalau hidup tiga bulan ` gaji pun sudah terasa sesak, bayangkan saya pernah enam bulan tiada tawaran.
“Ketika itu usia saya 19 tahun. Penerbit tidak tahu nak posisikan saya dengan watak apa. Saya terlalu besar untuk watak remaja, tapi terlalu remaja untuk watak orang dewasa. Jadi, itulah masanya saya merasakan perjalanan saya sebagai anak seni sampai di sini sahaja,” katanya.
Kongsi Aedy lagi, sebaik saja tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia mengambil keputusan meninggalkan dunia hiburan dan mengambil lesen menjual insurans untuk menyara keluarga.
Dedah Aedy lagi, ketika itu dia mengakui sudah putus asa dengan lakonan namun tekad tidak akan tinggalkan industri apabila ada produksi menawarkan tawaran berlakon drama.
“Saya sebenarnya sudah putus asa dengan kerjaya lakonan. Tawaran juga semakin sepi. Takkan saya mahu merayu setiap produksi yang ada untuk ambil saya bekerja. Fasa itu sangat menyakitkan.
“Jadi saya kerja sebagai penjual insurans. Harus diakui saya tiada jiwa langsung melakukan pekerjaan itu. Hampir setahun juga saya jual insurans. Kemudian saya buat keputusan untuk kembali.
“Saya ingat lagi, saya baru tukar nombor telefon bimbit ketika itu. Entah bagaimana ada produksi telefon tawarkan berlakon sebuah drama. Sejak itu saya bertekad tidak akan tinggalkan industri ini, saya akan kekal di sini walau seratus tahun lagi,” katanya.
SUMBER: Utusan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source