‘Rider’;makanan simpan wang RM215,000 dalam masa 4 bulan
WASHINGTON – Seorang pesohor media sosial di Amerika Syarikat (AS) berjaya menyimpan wang lebih AS$51,188 (RM215,860) dalam masa hanya empat bulan untuk membeli rumah, lapor akhbar The Mirror UK kelmarin.
Michael Hickey, 24, berkata, dia hanya bekerja sebagai penghantar makanan dan tidur di dalam kereta untuk berjimat.
“Saya meletakkan kenderaan di hadapan sebuah kasino, tetapi saya perlu mencari tempat lain untuk tidur selepas dihalau.
“Saya bekerja sebagai penghantar makanan selama 10 jam dan menjana pendapatan sekitar AS$300 (RM1,265) dalam sehari.
“Saya hanya membelanjakan sedikit daripada jumlah itu untuk petrol dan makanan,” kata Hickey.
Tambah Hickey, pendapatan sebenarnya adalah daripada media sosial yang berjumlah AS$627 (RM2,644).
“Saya menerima bayaran sebanyak AS$385 (RM1,624) daripada YouTube, AS$114 (RM481) di TikTok, Facebook AS$63 (RM266) manakala Instagram mencecah AS$65 (RM274),” tambahnya.
Hickey mahu membina sebuah rumah kecil di Florida dan memerlukan sekurang-kurangnya AS$60,000 (RM253,020) untuk membeli tanah, memasang pendawaian elektrik, paip air dan lain-lain. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source