“Dah Kahwin, Saya Taubat Tak Nak Jadi ‘Penyondol’ Lagi”
Sudah mendirikan rumah tangga, pelakon Julia Farhana berkata dia sudah taubat dan insaf untuk menjadi ‘penyondol’ dalam drama.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Memetik Kosmo, Julia berkata dia tidak mahu membawakan watak penyondol kerana sudah berkali-kali melakonkan watak berkenaan.
BACA: Julia Farhana Dedah Ada Penerbit Minta Buka Tudung
“Cukuplah. Saya sudah pun berkahwin. Saya dah taubat, dah insaf. Tak mahu jadi ‘penyondol’ lagi dalam drama.
“Sudah bertahun-tahun saya jadi penyondol dalam drama. Dulu dalam setahun ada empat ke lima drama saya lakonkan watak penyondol,” katanya.
Sementara itu, Julia turut mendedahkan dia masih menerima banyak tawaran untuk menjadi penyondol selepas berhijab dan sudah tiba masanya dia lakonkan watak protagonis.
“Saya rasa saya perlu hentikan situasi ini supaya saya dapat berkembang dalam lakonan. Bukanlah bermakna saya nak menolak rezeki.
“Pada awal karier sebagai pelakon dulu memang saya sasar untuk bawa watak antagonis. Alhamdulillah watak antagonis banyak membantu memperkenalkan nama saya dalam dunia lakonan.
“Tetapi kini tiba masanya untuk saya lakonkan lebih banyak watak protagonis. Alhamdulillah watak saya sebagai protagonis dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang diterima ramai. Itu petanda yang sangat baik,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source