MOSTI Komited Bina Bakat Penuhi Permintaan Industri Teknologi
Kuala Kangsar, 7 OKtober 2024 – Malaysia terus memberi tumpuan kepada pembangunan bakat berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan industri teknologi yang berkembang pesat, selari dengan seruan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Negara telah berjaya menarik pelaburan bernilai berbillion ringgit daripada syarikat-syarikat teknologi antarabangsa, termasuk pelaburan RM27 bilion terbaru oleh Oracle, yang menunjukkan keyakinan pelabur terhadap dasar Malaysia Madani.
YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang, berkata bahawa keyakinan pelabur terhadap dasar dan kepimpinan Malaysia MADANI semakin kukuh, tetapi negara perlu segera membina kapasiti bakat untuk memenuhi permintaan industri teknologi.
“Pelaburan besar seperti ini mengesahkan kepercayaan pelabur, dan kita perlu segera meningkatkan keupayaan tenaga kerja tempatan agar Malaysia terus berdaya saing di peringkat global,” katanya.
Sebagai langkah untuk mencapai objektif ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi penekanan kepada program pembudayaan seperti Minggu Sains Negara (MSN) dan Malaysia Techlympics, yang bertujuan memupuk minat pelajar terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).
Dalam ucapannya juga, beliau turut menyeru agar ibu bapa dan guru-guru menggalakkan anak-anak menyertai program STEM dan STI untuk membina asas kemahiran yang diperlukan bagi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
Hadir mengiringi dan menyampaikan ucapan aluan adalah YB Tuan Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak Darul Ridzuan yang mewakili YAB Menteri Besar Perak.
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama erat antara MOSTI dan Kerajaan Negeri Perak. Beliau juga berkongsi visi untuk menjadikan sains, teknologi, dan inovasi sebagai asas utama dalam mencapai matlamat Perak Sejahtera 2030.
Majlis diserikan dengan kehadiran dif-dif kehormat termasuk YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan (Pembangunan); YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel Bin Mydin Meera, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Universiti Sultan Azlan Shah dan YBrs. Encik Abdullah Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI MOSTI serta Ketua-ketua Jabatan/Agensi Persekutuan dan Negeri.
Turut hadir, YBrs. Dr. Syukriyah Ishak, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIM dan Encik Ahmad Mukram Mohamed, Naib Presiden Kanan Khidmat Pengurusan dan Komunikasi Korporat YIM yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif YIM.
Kehadiran mereka mencerminkan komitmen YIM dalam menyokong penglibatan para pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar di Zon Utara serta usaha ke arah keterangkuman dalam pendidikan STEM.
Penyertaan Ramai
Malaysia Techlympics 2024 peringkat Zon Utara yang diadakan hari ini menyaksikan penyertaan lebih 5,784 pelajar daripada 260 sekolah dari Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis. Program ini turut menekankan keterangkuman dengan melibatkan lebih 6,000 pelajar luar bandar serta 1,500 guru melalui Program Jangkauan Keterangkuman.
Aktiviti hands-on yang disediakan melalui program ini bertujuan meningkatkan akses kepada pendidikan STEM, khususnya di kawasan luar bandar.
Oleh yang demikian, MOSTI menyeru para ibu bapa dan guru-guru untuk melibatkan anak-anak serta pelajar sekolah menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan melalui Malaysia Techlympics dan Minggu Sains Negara.
Aktiviti-aktiviti ini diyakini mampu meningkatkan potensi pelajar dalam bidang STEM dan mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan seharian mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Techlympics dan Minggu Sains Negara. Anda semua dijemput untuk melayari laman web rasmi www.mytechlympics.com dan minggusainsnegara.mosti.gov.my.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source