Wanita warga emas cedera parah akibat diragut
PETALING JAYA : Polis mengesahkan seorang wanita warga emas parah di kepala akibat terjatuh selepas menjadi mangsa ragut di tepi Jalan Limau Manis, dekat Bangsar, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa berusia 78 tahun dikatakan berjalan kaki seorang diri ke kedai berhampiran untuk membeli surat khabar yang menjadi rutin hariannya setiap pagi.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, susulam kejadian itu, mangsa cedera pada kepala dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Pendarahan dialami mangsa agak serius dan wanita itu kini dalam pemantauan rapi pasukan perubatan hospital berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Ku Mashariman berkata, mangsa hanya mengalami kerugian kecil berikutan tiada barangan berharga dalam beg yang dilarikan peragut.
“Siasatan lanjut dijalankan termasuk mengesan suspek yang masih bebas. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” jelasnya.
Terdahulu, tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian menunjukkan mangsa sedang berjalan kaki bersendirian berhampiran kawasan perumahan.
Kemusian seorang lelaki yang menunggang motosikal menghampiri dari belakang dan meragut beg dibawa mangsa menyebabkan wanita itu tersembam di atas jalan tar.
Melalui rakaman video berdurasi dua minit 45 saat itu, mangsa dilihat terus tertiarap seketika sebelum bangun perlahan-lahan dan duduk.
Kejadian hanya disedari beberapa orang awam selepas lebih dua minit mangsa terduduk dalam keadaan kepalanya berdarah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source