MPAG sita 12 kerbau berkeliaran
ALOR GAJAH: Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menyita sebanyak 12 ekor kerbau bernilai kira-kira RM70,000 yang didapati berkeliaran tanpa pengawasan pemilik di Taman Warisan Kemang, Masjid Tanah di sini, hari ini.
Yang Dipertua MPAG, Saifuddin Abdul Karim berkata, hasil aduan kacau ganggu kepada penduduk setempat, pihaknya menggerakkan Op Ternakan Berkeliaran bermula pukul 12 tengah malam sehingga 8 pagi tadi.
Katanya, kesemua haiwan terlibat akan disita dalam tempoh lima hari sehingga pemilik membuat tuntutan dan menyelesaikan bayaran kompaun bernilai RM1,000 bagi setiap ekor.
“Sebelum ini kita telahpun membuat hebahan peringatan kepada penternak agar sentiasa mengawal ternakan mereka melalui media sosial dan secara bersemuka.
“Ternakan berkeliaran ini bukan sahaja mencetuskan kacau ganggu ketenteraman awam termasuk kerosakan tanaman dan aspek kebersihan tetapi turut menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya,” katanya.
Tambah Saifuddin, proses lelongan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Haiwan Ternakan (MPAG) 2012 boleh dilakukan sekiranya tiada tuntutan dibuat oleh pemiliknya.
“Orang ramai khususnya penternak diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan, selain bagi menjaga ketenteraman masyarakat,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source