“Dia Minta Bayar Bahagi Dua. Saya Bukan Orang Senang..” – Mahasiswa Selera Kayangan Desak Rakan Sebilik Bayar Hiasan Bilik
Kebiasaannya, di rumah sewa mahupun bilik sewa, hiasan yang dibuat akan berkonsep minimalis kerana ruang yang kecil dan bukanlah hak milik penghuninya.
Golongan bujang, pasangan suami isteri muda dan mahasiswa adalah golongan yang biasanya mementingkan keselesaan dan ketenangan ketika di rumah atau bilik sewa.
Namun, baru-baru ini seorang mahasiswa meluahkan rasa terbeban dengan rakan sebiliknya yang berlebihan dalam menghias bilik mereka menerusi aplikasi X. Memetik dari Mstar, mahasiswa tersebut dipaksa untuk membayar separuh kos keseluruhan hiasan bilik mereka.
Nak luah sikit, saya student, semester depan terpaksa tinggal di rumah sewa tapi rakan sebilik saya terlalu “demand” untuk hias bilik.
Dia minta bayar bahagi dua. Tiba-tiba saya berhutang dengan dia hampir RM1,000. Dia suruh saya bayar masa biasiswa masuk. Saya nak jimat, saya bukan orang senang.
Menerusi perkongsian itu, rata-rata netizen menasihatinya supaya tidak membayar jumlah yang diminta dan meminta dia mencari bilik sewa yang lain.
Selain itu, kami kongsikan pautan cerita lain di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source