“Saya Nak Cuci Hati” – Shahir Rancang Pindah Mekah, Madinah
Penyanyi Shahir berhasrat untuk berpindah dan tinggal di Mekah atau Madinah, Arab Saudi untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Memetik Kosmo, Shahir berkata dia dan isterinya, Jaskin Jaludin pernah berhijrah ke Madinah dua bulan lebih pada tahun lalu namun terpaksa pulang ke tanah air atas berapa faktor termasuk kesihatan bapanya yang tidak mengizinkan.
BACA: Bahagia Sangat Lepas Kahwin, Berat Badan Shahir Naik Mendadak
Menurut Shahir lagi, dia perlu menjalankan perniagaan jika dia mahu tinggal disana dah sudah lama menyimpan impian untuk menetap di tanah haram.
“Kami sudah berpindah dan ada rumah di sana. Ketika itu saya berulang-alik antara Madinah dan Malaysia selama dua bulan. Memang sudah lama saya bercita-cita untuk tinggal di sana. Bukan sebab ingin buka bisnes tetapi saya memang hendak tinggal di tanah haram.
“Tetapi kalau sudah tinggal di sana saya perlu berniaga untuk menyara kehidupan, tidak mungkin mahu duduk saja tanpa buat apa-apa,” katanya.
Sementara itu, Shahir berkata kini bukan dunia menjadi keutamaan tetapi perjalanan rohani dan mencuci hati, namun perancangan Allah itu lebih baik.
“Saya masih menyimpan hasrat untuk tinggal di sana pada masa depan. Bukan hendak kata saya baik, tetapi saya mahu cuci hati. Dalam kehidupan ini kadang-kadang kita terlampau bergantung harap pada orang. Sebab itu semasa pindah di sana, saya langsung tidak membuat sebarang perancangan.
“Saya hendak bergantung sepenuhnya pada Allah. Tetapi kita manusia, perancangan Allah itu lebih baik. Bukan sekarang mungkin pada masa depan,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source