“Ada Unsur Syubhah Dan Pembaziran..” – Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Tinggalkan ‘Trend’ Beli Labubu
Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan menyarankan peminat patung Labubu untuk berhenti mengumpul dan menggayakannya kerana ia termasuk dalam perkara yang syubhah.
Memetik dari Mstar, menurutnya, patung yang telah menjadi popular kerana pernah digayakan oleh Lisa Blackpink itu terdapat unsur pembaziran kerana memilikinya termasuk dalam perkara yang tidak berfaedah.
Beliau turut berkata, ulama bersepakat bahawa menggunakan patung yang disembah adalah haram setelah beliau mengambil kira asal usul patung tersebut.
Pencipta siri Labubu, Kasing Lung menyatakan bahawa dia telah mendapat insipirasi untuk mencipta patung itu ketika berpindah ke Belanda dan ciptaan tersebut dikaitkan dengan agama di sana.
Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan itu turut berkata ulama telah bersepakat bahawa hukum menyimpan patung adalah haram jika ia adalah patung makhluk yang mempunyai roh seperti manusia, haiwan dan jin.
Pada masa sama, patung tersebut mestilah tidak mempunyai unsur lucah, tanda salib, lambang agama lain dan sebagainya yang haram.
Oleh itu, beliau menyimpulkan penyimpanan patung Labubu itu adalah harus jika dijaga dengan syarat-syarat pengharaman dan tidak dimuliakan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel yang lain di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source