“Berbaik Dengan Bekas Suami? Minta Dijauhkan”
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menafikan tanggapan netizen kononnya mahu berbaik semula dengan bekas suaminya Aliff Aziz susulan hantarannya di Instagram.
Memetik BH Online, Bella berkatahantaran di Instagram itu adalah gimik Konsert A Night With Sumandak Stars-Ceritera Hatiku yang akan diadakan pada 30 November depan.
BACA: Elak Cinta Lokasi, Bella Astillah Guna Panggilan ‘Kau, Aku’
“Saya buat hantaran itu atas permintaan penganjur dan persetujuan keluarga. Saya tidak pernah lagi buat hantaran sebegitu. Kalau orang komen sebegitu (berbaik semula dengan Aliff) saya minta dijauhkan.
“Saya minta maaf kalau ada yang risau dan saya bersyukur kerana ia bermaksud ada yang ambil berat.
“Saya sekarang hendak fokus pada anak-anak sahaja, jadi, apabila saya baca komen yang mengandaikan saya mahu kembali bersama, jangan risau sebab perkara itu tidak akan terjadi,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata dia tidak menyangka ramai yang menganggap dia akan kembali dengan Aliff kerana hantaran berkenaan.
“Apabila orang komen mengenai kisah lalu saya, jujurnya ia buat saya berdebar membaca. Kalau anda takut, saya lagi takut. Tetapi saya faham orang risaukan saya. Terima kasih kerana prihatin,” katanya.
Tengah hari tadi, Bella memuat naik hantaran memberitahu bakal membuat pengumuman istimewa dan berharap peminat dapat menerima berita itu dengan baik.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source