APM tambah baik tugas penyelamat pantai
PORT DICKSON – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini meneliti penggunaan peralatan dan aset terkini yang dapat membantu menambah baik penugasan dalam operasi menyelamat mangsa lemas di pantai.
Menurut Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed, antara peralatan tersebut termasuklah pelampung penyelamat kawalan jauh dan juga dron penyelamat.
“APM akan mendapatkan peralatan-peralatan yang lebih baik seperti remote control lifebuoy dan juga dron yang membawa jaket penyelamat selain keperluan menambah aset seperti luncur jet (jet ski).
“Selain itu, keutamaan kepada latihan dan teknik menyelamat yang juga akan diberikan kepada petugas penyelamat pantai secara berterusan kerana jika tidak penggunaan peralatan itu tidak akan optimum,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Persidangan Penyelamat Pantai Pertahanan Awam (CDLC) Tahun 2024 di Pantai Batu 5, di sini hari ini.
Seramai 67 orang peserta menyertai persidangan tersebut yang diadakan selama dua hari yang bertujuan meningkatkan kecekapan dan kemahiran pegawai dan anggota APM sebagai petugas penyelamat pantai.
Dalam pada itu, Khairus Masnan turut memberitahu, peralatan dalam pengoperasian menyelamat di pantai yang dimiliki oleh APM ketika ini boleh dianggap sebagai yang terbaik berbanding negara-negara lain di rantau ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source