Permohonan kewarganegaraan diselesaikan dalam tempoh setahun
KUALA LUMPUR: Semua permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan dalam tempoh setahun atau 12 bulan bermula hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya akan menyelesaikan semua permohonan tersebut dalam jangka masa 12 bulan.
Kata beliau, perkara tersebut bagi memastikan tidak ada lagi kes pemohon tertunggak daripada dibiarkan tertangguh selama bertahun-tahun.
Jelasnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah membangunkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas dan teratur dalam menguruskan permohonan kewarganegaraan termasuk pemohon dapat mengetahui status semasa permohonan mereka.
“Komitmen baru terhadap baki kes (permohonan warganegara), dibuat keputusan hari ini, iaitu 17 Oktober, dari sekarang hingga tahun depan, kita akan selesaikan semua permohonan ini sebagai menunjukkan komitmen kita.
“Semua permohonan tertunggak, yang belum dibuat keputusan, 17 Oktober tahun depan semua akan dibuat keputusan,” katanya semasa berucap pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024.
Pindaan tersebut antara lain memperuntukkan hak sama kepada kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan dengan ibunya pada masa kelahiran itu seorang warganegara untuk memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang, berbanding hanya jika bapanya seorang warganegara.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, KDN suda memproses lebih 19,300 permohonan pada tahun ini dan ia melepasi sasaran awal iaitu 17,000.
“Sehingga semalam, saya telah meluluskan 19,317 permohonan, dan jika kita masukkan jumlah tahun lepas jumlahnya 32,153 keputusan (permohonan kewarganegaraan) dibuat, katanya.
Tambahnya, 80 peratus daripada kelulusan tersebut adalah untuk kes yang belum selesai selama lebih lima tahun.
“Kami kini telah memuktamadkan SOP untuk Seksyen 15A dan 19(1) (Perlembagaan Persekutuan), yang melibatkan kewarganegaraan melalui pendaftaran dan naturalisasi.
“SOP ini akan memastikan proses itu telus dan pemohon diberitahu terlebih dahulu mengenai dokumen yang diperlukan,” jelasnya.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source