Tanah runtuh Taman Melawati: Penduduk dibenar pulang ke rumah
AMPANG JAYA – Penduduk Jalan E6 Taman Melawati yang terkesan dengan insiden tanah runtuh kelmarin dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula pukul 6 petang ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, berdasarkan kajian Jabatan Mineral & Geosains (JMG) dilokasi berkenaan mendapati tiada lagi pergerakan tanah yang baru dikesan
“Hasil perbincangan dengan agensi-agensi terlibat, kita telah menjalankan kerja-kerja laluan mitigasi dan penyelenggaraan cerun dan sekarang ini sedang giat dijalankan oleh pihak MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) khususnya.
“Kita nak maklumkan bahawa pergerakan tanah pada masa ini tidak terkesan dengan yang baru hasil daripada kajian pihak JMG.
“Seterusnya, keseluruhan daripada penemuan yang kita dah dapat pada hari ini dan persetujuan daripada semua agensi terlibat, kita telah membenarkan para penduduk di Jalan E6 untuk kembali ke rumah masing-masing mulai pukul 6 petang,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Tambah Mohd. Azam, beliau meminta penduduk sekitar untuk sentiasa berjaga-jaga dan berharap tidak ada lagi kejadian seumpama itu berlaku pada masa akan datang.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan hujan lebat sejak awal pagi kelmarin mengakibatkan kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, di sini dan menyebabkan 21 unit rumah teres terputus laluan utama. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source