Bapa kena reman tipu lapor anak hilang
JOHOR BAHRU – Seorang bapa direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengenai laporan palsu dibuatnya berhubung kehilangan empat orang anaknya berusia dua hingga lapan tahun, semalam.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Mohamad Ridhwan Syarizal.
Tahanan reman sehingga Khamis itu membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak.
Semalam, suspek lelaki berusia 41 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini pada pukul 2.40 pagi mengenai kehilangan empat anaknya di kawasan Mutiara Rini, di sini.
Bagaimanapun, tindakan suspek yang juga warga tempatan itu memakan diri apabila ditahan pihak polis setelah gagal menunjukkan lokasi sebenar kehilangan anak-anaknya itu.
Hasil siasatan pihak polis mendapati semua anak lelaki itu berada dalam keadaan selamat di rumah isterinya, malah suspek dikatakan sering melakukan pengabaian terhadap anak-anak itu yang masih kecil.
Polis turut mendapati suspek mempunyai hutang keliling pinggang dan dia bertindak membuat laporan palsu kerana khuatir anak-anaknya diganggu akibat gagal melunaskan hutang tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak, serta Seksyen 182 Kanan Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source