5 pekayuh hilang, perahu karam ketika latihan Regatta Sarawak
KUCHING – Lima orang pekayuh perahu regatta dikhuatiri lemas selepas karam di kawasan Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa, di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan kira-kira pukul 4.20 petang tadi apabila perahu membawa 16 orang pekayuh itu karam ketika menjalani latihan Regatta Sarawak, yang bakal berlangsung bermula 1 hingga 3 November nanti.
“Sebelas orang berjaya menyelamatkan diri dan lima orang masih gagal dijumpai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata lima mangsa terbabit dikenali sebagai Mohammad Ikhmal Sama’ail, 34, Majurie Maharuf, 32, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26, Mohamad Khairul Bidin, 26, dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23.
Menjelas lanjut, beliau berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan BBP Batu Lintang telah digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Katanya, operasi SAR dimulakan dengan melakukan pencarian di permukaan air sebelum diteruskan oleh Polis Gerakan Udara (PGU) dengan menggunakan dron dan pencarian menggunakan ‘sonar’ oleh Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).
Beliau menambah, setakat pukul 8.54 malam tadi, pencarian turut dilakukan secara selaman oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba namun ia tidak dapat diteruskan kerana arus sungai deras. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source