PDRM FC ikat Selangor 1-1
PETALING JAYA: Selangor FC terlepas peluang untuk mengutip tiga mata penuh apabila diikat PDRM FC 1-1 dalam aksi di Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), sebentar tadi.
Pemain gantian, Aremu Timothy Oluwaseun muncul wira The Cops apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit terakhir masa tambahan untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Dalam perlawanan itu, Selangor FC terlebih dahulu berada di hadapan menerusi tandukan Alvin Fortes pada minit ke-15 selepas ayam tambatan Gergasi Merah itu menyempurnakan umpanan Quentin Cheng.
Anak-anak buah Nidzam Jamil lebih banyak menguasai perlawanan, namun tiada tambahan jaringan dapat disaksikan sehingga berakhir separuh masa pertama.
Pada babak kedua, Selangor FC hampir menggandakan kedudukan selepas Mohd Safiee Ahmad tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-48, namun berjaya diselamatkan penjaga gol, Bryan See.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari gol namun dihampakan penyudah tumpul selain kecekapan penjaga gol masing-masing.
Usaha anak-anak buah P. Maniam akhirnya membuahkan hasil apabila Oluwaseun menjaringkan gol penyamaan pada minit kedua masa tambahan untuk menggembirakan penyokong tuan rumah.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source