FAM sedia penuhi impian Perdana Menteri
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mempunyai rangka perancangan buat skuad kebangsaan berdasarkan dana RM15 juta yang diperuntukan oleh kerajaan persekutuan seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 kelmarin.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, berkata badan induk itu bercadang untuk melakukan beberapa pembaharuan dan paling penting peruntukan itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin.
“FAM akan merealisasikan hasrat Perdana Menteri untuk melihat prestasi skuad kebangsaan berada pada tahap terbaik. FAM akan memanfaatkan sebaiknya dana yang disediakan bagi meningkatkan prestasi dan memperkasa skuad kebangsaan.
“Beberapa penambahbaikan akan dilakukan buat skuad kebangsaan sejajar dengan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.
Terdahulu, Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 kelmarin mengumumkan peruntukan lebih RM230 juta dalam usaha memantapkan dan memperkasakan pembangunan
sukan negara.
Peruntukan RM15 juta buat skuad Harimau Malaya pastinya memberi suntikan semangat buat pasukan negara menjelang saingan Piala AFF 2024 bermula 8 Disember nanti serta pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 tahun depan.
“Sudah tentu FAM amat berbesar hati dengan kesungguhan dan komitmen daripada Datuk Seri Anwar dalam memberikan peruntukan RM15 juta,” kata Azman.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source