Ramai kecam, Riena Diana risau penyakit ain
PETALING JAYA – Sedar ramai kurang senang, pelakon Riena Diana mengambil pendekatan untuk mengurangkan perkongsian momen romantis dersama kekasihnya yangjuga actor Keith Foo dalam media sosial.
Riena atau nama penuhnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, perkara tersebut mula disedarinya selepas kerap dihujani dengan komen negatif daripada segelintir netizen yang kurang senang melihat hubungannya dengan keith.
“Risau, memang ada yang restu tetapi ramai juga mengecam hubungan kami dalam ruangan komen.
“Takut juga baca komen-komen netizen, ialah risau semua yang kita rencanakan tidak menjadi.
“Sebab itu saya pilih untuk kurang berkongsi momen manis bersama Keith termasuk video dalam media sosial lagi Ketika ini,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media drama Salju Rindu Di Bumi Auckland, baru-baru ini.
Selain dirinya, Keith turut melakukan hal sama dan mengakui penyakit ain iaitu hasad dengki turut membuatkan dirinya lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang perkongsian.
“Sudah sangat kurang berkongsi sebenarnya, Keith pun begitu.
“Kami nak elak penyakit ain dan tahu tahap kesihatan mental tidaklah sentiasa okey, lebih-lebih lagi setiap kali baca komen netizen.
“Kadang-kadang jari rasa sangat ringan nak balas komen tetapi setiap kali nak lakukan, saya anggap mereka kurang ilmu pengetahuan,” jelasnya.
Antara komen yang sering membuatkan dirinya berasa sakit hati, bintang drama Kampung People itu berkata, komen yang berkaitan dengan perbezaan agama.
“Kadang-kadang orang asyik cakap pasal perbezaan agama atau menyatakan kemungkinan hubungan kami gagal. Paling teruk, kalau kalau kami putus cinta, ada yang nak hebahkan guna alat pembesar suara masjid untuk beritahu semua orang.
“Komen-komen sebegitu itu yang buat geram tetapi buka mata saya bahawa tak semua gembira melihat kebahagaan orang lain.
“Jadi, kita sendiri perlu kawal kandungan yang hendak dimuat naik dalam media sosial,” katanya lagi.
Terdahulu, pada Jun lalu Riena mendedahkan hubungan cinta dengan Keith terjalin sejak sama-sama menjayakan penggambaran drama bersiri Salju Rindu di Bumi Auckland.
Mengakui mempunyai banyak persamaan, status duda anak satu juga bukan penghalang kerana baginya paling penting Keith bukan suami orang.
Keith pula pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai empat tahun kemudian.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar yang kini berusia tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source