“Dulu Nikah Sorok, Takkan Kali Ini Nak Sorok-Sorok Juga?”
Usahawan Datuk Red berkata seandainya dia dan bekas isterinya, Adira Suhaimi bertemu jodoh sekali lagi, penyanyi itu pernah meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis.
Menerusi sesi live di TikTok, Datuk Red memberitahu Adira mengatakan sebelum ini mereka bernikah sorok-sorok namun kali ini dia meminta untuk mengadakan majlis.
BACA: Datuk Red Cemburu Adira Nak ‘Photoshoot’ Dengan Fattah Amin?
@ayuuariffin84 Yang sebelum ni kahwin sorok²,kali ni Ami nak ada majlis.tu permintaan Adira -Abg Red.Semoga ada jodoh utk mereka #fyp #datored #abgred #adirasuhaimi #adira #ami #artist
“Insya-Allah, saya ada suarakan kepada Adira tentang bernikah semula. Tapi dia kata dulu bernikah sorok-sorok, takkan kali ini nak sorok-sorok lagi? Bagi ada majlis sedikit. Betul juga apa yang dia katanya.
Sementara itu, Datuk Red berkata dia mahu menunaikan permintaan Adira dan memohon agar orang ramai turut mendoakannya.
“Kesiankanlah dia. Jadi saya akan tunaikan permintaan terakhir dia. Doakan saya,” katanya.
Terdahulu, Adira dan Datuk Red sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 24 April lalu. Untuk rekod, Datuk Red dan Adira bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source