Man. City pamer aksi ‘dramatik’ benam Wolves
LONDON – Pasukan Manchester City mempamerkan mentaliti juara apabila bangkit menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux sebentar tadi.
Pada aksi tersebut, City yang memburu kemenangan kemenangan keenam musim ini membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai Erling Haaland, Jeremy Doku dan Savinho.
Namun, pasukan pelawat terlebih dahulu dikejutkan apabila Wolves meledak gol seawal minit ke-7 hasil jaringan yang dilakukan oleh Jorgen Strand Larsen selepas menyudahkan hantaran Nelson Semedo.
Tersentak dengan gol tersebut, City mula mendominasi perlawanan dan berjaya menyamakan kedudukan hasil penyudah menarik yang dilakukan oleh Josko Gvardiol daripada luar kotak penalti pada minit ke-33.
Bersambung pada babak kedua, City menganndakan asakan dalam usaha mencari gol kemenangan tetapi percubaan yang dimiliki oleh Doku selain pemain tengah, Ilkay Gundogan agak tersasar.
Ketika saingan seperti menghampiri seri, pemain pertahanan City, John Stones muncul wira apabila menanduk masuk gol kemenangan pada masa kecederaan menerusi sepakan percuma yang diambil oleh Phil Foden.
Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan City kini meraih 20 mata selepas mengharungi lapan perlawanan musim ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source